![]() |
Makhluk Alah dicipta bepasang-pasangan. Tapi dalam menetukan siapa jodoh kita amat susah. Begitu juga dengan diriku. Penuh dengan dugaan dan cabaran. Terkadang rasa dimainkan atau memainkan. Memang cinta dunia sementara. Tapi cinta dunia inilah yang akan membimbing cinta untuk cinta akhirat. Ini yang sepatutnya berlaku. bukan cinta semata-mata berteraskan nafsu. Lumrah manusia ingin mencintai dan dicintai. Tapi cinta yang wujud terkadang salah pada tempatnya. Itu yang terjadi pada aku. Kerana cinta aku hanyut dlm duniaku yang penuh dengan khayalan dan noda. Hati aku sudah ternoda dengan cinta yang berteraskan nafsu semata-mata. Kini aku sedar apabila pelbagai musibah dan masalah yang wujud disebabkan oleh cinta dunia ini. mengapa susah sangat utk dia lepaskan aku pergi. aku pun ingin mencari pasangan dan cinta yang terbaik untuk aku. aku x mahu lgi hanyut dengan cinta yang hanya cinta semata-mata. x pernah pula dia bimbing aku untuk cinta akhirat. baginya cukup sekadar bahagia. Tapi bahagia akhirat pernah dia fikirkan? dengan pertambahan usia bertambahla kematangan aku, bertambahla pengalaman aku dan bertambahla ilmu aku. Tapi semua itu masih tdak cukup lagi. sudah tiba masanya aku serius dengan hidup aku. aku perlu atur hdup aku untuk menuju matlamat utama aku di lahirkan kedunia ini. bukan untuk dunia semata-mata tapi akhirat juga. aku masih mencari dan terus mencari.... Tapi aku masih bingung mengapa aku masih lagi terjebak dalam perkara ini walaupun aku telah letakkan tekad dan berazam untuk berubah. dia masih melekat dan tidak mahu lepaskan aku. Apa yang aku telah lakukan kepada dia sehingga susah sangat untuk lepaskan aku. Kalau cinta x semestinya memiliki dan dimiliki. Tetapi pastikan orang yang kita cinta itu bahagia walaupun kita yang terseksa. Redha itu penting. kerana Allah telah ciptakan kita ini berpasang-pasangan dan kita tidak boleh mengubah ketentuanNya. yang penting kita usaha. Aku telah usaha lakukan yang terbaik tapi sampai bila aku perlu berbohong dengan diri ku dan diri dia. Biar dia tahu sekarang jangan nanti. biar luka sekarang jagn nanti. Apa yang dia kata. Aku x berhati perut tinggalkan dia dalam keadaan dia macam ini. Aku rsa dari dlu lg aku cba tinggalkan dia. Cuma dia yang x boleh terima. sentiasa ungkit apa yang pernah berlaku antara dia dan aku. Itu senjata utama dia. Bertapa bodohnya aku masa itu. Tapi bila difikirkan msnusia mana yang x pernah buat silap. Tipu lah klu kita ckap kita x pernah ada hati dekat seseorang. itu dah menjadi silap. Oleh itu jaga lah hati, sebab bila wujudnya satu titik hitam dalam hati kita maka mudahla syaitan menguasai diri kita. Aku mula berpesan kepada diriku agar jgn berulang lgi peristiwa lalu dan berdoa Allah tunjukkan aku jalan utuk keluar dari masalah ini kerana aku inginkan hidupku yang sepatut nya aku dapat. Bukan memilih tetapi selagi kita ada peluang untuk memilih kita harus memilih apa yang terbaik untuk hidup kita. Hidup bkan untuk sehari tetapi sepanjang hayat.
No comments:
Post a Comment