Wednesday, April 6, 2011

Tetapkan Hatiku

Sepanjang pejalananku du perantauan, jauh dari keluarga. Sikap sling percaya  dan harapan yang diletakan di bahu aku kini amat berat sekali untuk aku tanggung. Sudah banyak kesilapan yang telah aku lakukan. masihkah ada ruang kemaafan untuk aku. Aku buntu dalam memilih jalan hidup aku. terlalu byk simpang di sepanjang perjalanan aku. perlukah aku lalui setiap persimpangan itu. kata orang jika tidak cuma mana kita akan tahu. itulah pengalaman yang akan kita dapat samaada manis ataupun pahit. Jangan kesal dengan semua itu kerana setiap peristiwa yang berlaku ada hikmahnya. kita sebagai hamba harus berusaha dan akhirnya tawakan kepada Allah dengan harapan apa yang diharapkan dari setiap perbuatan itu mendapat ganjaran yang di harapkan. Tetapi satu masalah yang wujud dalam diri kita sebagai insan adalah tidak tetap pendirian. Itu yang sering berlaku dalam hidup aku. Setiap perkara yang memelukan aku membuat pilihan yang selalu menakutkan aku. Yang itu atau ini?? hummmmm..... byk persimpangan yang mana aku perlu pilih. kedua2nya ada baik dan buruk. Kembali aku kepada Maha Penciptaku... berdialog aku dalam solat. Ya Allah, tunjukkanlah hambamu ini jalan yang benar jalan yang telah engkau tetapkan untuk aku. Aku redha dengan setiap ketentuanMu. kerana ku tahu Engkaulah penciptaku. Ya allah kasihanila hmbaMu yang berada dalam kebuntuan ini. Aku menangis sendiri, aku menangis lagi. Terkenang segala dosa2 yang telah aku lakukan. Adakah doaku diterima. Penuh dengan persoalan. Apakah ibadatku ini diterima Ya Allah. Ya Allah apakah tjuan aku dicipta. Tolong lah hambaMu ini Ya Allah. Segala-galanya yang telah Kau kurniakan ini membuatkan aku leka Ya Allah. Aku mohon kepadaMu Ya Allah bimbinglah hambaMu ke jalan yan benar, jalan yang Engkau redhai, jlan menujuMu. Agar dengan bimbinganMu ini dapat mengelakan kau dari menyakiti hati insan lain yang membuatkan aku rasa bersalah.

No comments:

Post a Comment